Dua beradik belum ditemui, SAR disambung esok

Iklan
Usaha pencarian dua beradik dilakukan di Sungai Liawan sehingga Sungai Pegalan, Keningau. Gambar kecil: Jason Lim (kanan) bersama adiknya Amber Lim (kiri) masih belum ditemui selepas hilang dibawa arus deras di Sungai Liawan, Keningau.

KENINGAU - Usaha mencari dua beradik yang hilang dibawa arus deras di Sungai Liawan, di sini akan disambung esok pagi.

Mangsa dikenali sebagai Jason Lim, 6, bersama adiknya Amber Lim, 4, sehingga kini tidak ditemui walaupun operasi mencari dan menyelamat (SAR) sudah dilakukan seawal jam 8 pagi tadi.

Iklan
Iklan

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau, Mudi Pengiran berkata, setakat ini kedua-dua mangsa gagal ditemui walaupun lokasi pencarian diperluaskan sehingga ke Sungai Pegalan.

"SAR hari ini, melibatkan pencarian di radius dua kilometer iaitu dari Sungai Liawan sehingga ke Sungai Pegalan.

Iklan

"Pencarian juga turut melibatkan bot dan di sekitar permukaan sungai namun sehingga kini tiada sebarang petunjuk atau tanda penemuan kedua-dua mangsa," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.

Anggota bomba membuat pencarian dua beradik di permukaan air di Sungai Liawan, Keningau.

Sehubungan itu, SAR hari ini terpaksa ditangguh dan disambung semula esok pagi.

Iklan

"Operasi terpaksa ditangguh pada jam 5 petang tadi dan akan disambung semula jam 8 pagi esok," katanya.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan dua beradik itu hilang dibawa arus selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandu bapa mereka, Lim Wang Sing, 38, terbalik dan dibawa arus deras ketika melintas jalan di Sungai Liawan, di Kampung Dangulad, malam tadi.

Wang Sing terselamat dalam kejadian itu selepas dibantu penduduk kampung manakala dua anaknya dibawa arus deras sungai berkenaan.