Cuti 973 anggota bomba Pahang dibekukan hadapi tengkujuh

Iklan
JBPM Pahang bekukan cuti 973 daripada 1,058 anggotanya bagi menghadapi musim tengkujuh di negeri ini. Gambar hiasan 123rf. Gambar kecil: Wan Mohammad Zaidi

KUANTAN - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Pahang membekukan cuti 973 daripada 1,058 anggotanya bagi menghadapi musim monsun dan banjir di negeri ini.

Pengarahnya, Wan Mohammad Zaidi Wan Isa berkata, hal itu termasuklah persiapan dari segi logistik, latihan menyelamat musim banjir dan pemantauan kawasan berisiko.

Iklan
Iklan

"Cuti anggota dibekukan untuk menghadapi musim tengkujuh ini. Dari segi persiapan fizikal pula, setiap balai telah pun menjalankan latihan menyelamat mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang baharu berdasarkan SOP musim Covid-19.

"Begitu juga persediaan dari segi peralatan di mana seluruh balai bomba negeri telah membuat semakan dan ujian terhadap semua peralatan serta logistik yang ada supaya kita bersedia hadapi kemungkinan banjir yang akan berlaku.

Iklan

"Setakat ini, 51 jentera logistik termasuk 33 bot aluminium bersedia digunakan dan berada dalam keadaan yang baik," katanya.

Dalam pada itu, Wan Mohammad Zaidi berkata, bagi tujuan pemantauan sekiranya terdapat hujan lebat berterusan dalam jangka masa panjang, jentera bomba akan digerakkan untuk meninjau tempat yang berkemungkinan akan tenggelam atau dinaiki air.

Iklan

Katanya, antara lokasi berisiko ialah Sungai Isap dan Bukit Rangin, Kuantan; Kampung Tiong, Rompin; Benus, Bentong dan Sungai Lembing.