KKM teliti ujian klinikal sebelum perolehan vaksin Covid-19

Iklan
Malaysia perlu mengkaji data ujian klinikal fasa ketiga terlebih dahulu sebelum membuat sebarang komitmen berhubung perolehan vaksin wabak koronavirus (Covid-19). Gambar hiasan.

PUTRAJAYA - Malaysia perlu mengkaji data ujian klinikal fasa ketiga terlebih dahulu sebelum membuat sebarang komitmen berhubung perolehan vaksin wabak koronavirus (Covid-19).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Malaysia belum lagi meneliti laporan ujian klinikal tersebut dari segi keselamatan dan keberkesanan.

Iklan
Iklan

"Kami (Kementerian Kesihatan Malaysia) sedang meneliti butiran terbabit. Ketika ini terdapat 11 vaksin Covid-19 dalam fasa ujian klinikal,” katanya kepada pemberita pada sidang media perkembangan Covid-19 di Kementerian Kesihatan (KKM) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada Malaysia masih menunggu selepas Pfizer Inc melaporkan bahawa vaksin Covid-19 keluarannya, yang dibangunkan bersama rakan kongsi syarikat itu dari Jerman, BioNTech SE, adalah lebih 90 peratus berkesan dalam mencegah jangkitan Covid-19.

Iklan

Dr Noor Hisham turut melahirkan kebimbangan kemungkinan mutasi virus Covid-19 menyebabkan bekas pesakit Covid-19 dijangkiti semula dan perkembangan ini boleh memberi kesan kepada vaksin yang dibangunkan.

"KKM juga bimbang ada dilaporkan mutasi berlaku contohnya di ladang penternakan mink di Denmark. Ada kes mutasi berlaku jangkitan dalam kalangan haiwan dan kesannya kita tidak tahu lagi,” katanya sambil menambah kementerian itu akan terus menggunakan kaedah kesihatan awam kerana ia menunjukkan kejayaan mengawal penularan penyakit berjangkit contohnya Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) dan Covid-19 yang tiada vaksin sehingga hari ini. -Bernama

Iklan