Penutupan sekolah tidak boleh dianggap cuti

Iklan
Habibah (tengah) pada taklimat media penutupan operasi sekolah dan Kolej Vokasional seluruh Malaysia dan pelaksanaan Home- Based Learning serta tarikh baharu peperiksaan awam di Putrajaya semalam. -Foto ROSLI TALIB

PUTRAJAYA - Penutupan sekolah akibat pandemik koronavirus (Covid-19) sehingga tamat penggal tahun ini tidak boleh dianggap sebagai cuti.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Habibah Abdul Rahim berkata, ini kerana sesi persekolahan akan tamat pada 17 dan 18 Disember depan.

Iklan
Iklan

"Jangan anggap tempoh penutupan sekolah ini sebagai cuti sekolah kerana pembelajaran pembelajaran dan pengajaran (PdP) diteruskan seperti biasa sehingga tamat penggal,” katanya pada taklimat media penutupan operasi sekolah dan Kolej Vokasional seluruh Malaysia dan pelaksanaan home-based learning serta tarikh baharu peperiksaan awam di sini semalam.

Menurutnya, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan panduan supaya guru terus melaksanakan pembelajaran dan pengajaran di rumah (PdPR).

Iklan

"Ia boleh dicapai di dalam portal KPM dengan pelbagai pendekatan di mana home-based learning boleh berlaku,” katanya.

Beliau berkata, meskipun terdapat jurang dari segi capaian internet dan peranti, manual itu turut mempunyai pendekatan lain.

Iklan
Habibah (tengah) pada taklimat media penutupan operasi sekolah dan Kolej Vokasional seluruh Malaysia dan pelaksanaan Home- Based Learning serta tarikh baharu peperiksaan awam di Putrajaya semalam. -Foto ROSLI TALIB

"Selain Digital Educational Learning Initiative Malaysia (Delima), kita juga ada pendekatan luar talian yang menggunakan peranti tanpa memerlukan rangkaian.

"Ia seperti penggunaan buku teks dan aktiviti serta di lapangan,” katanya.

Habibah berkata, biarpun penyertaan di lapangan antara pilihan yang dibenarkan namun ia tidak digalakkan dilakukan kerana negara sedang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

"Bagi guru yang memerlukan bahan atau kemudahan yang terdapat di sekolah, ia boleh digunakan dengan kebenaran pengetua atau guru besar.

"Bagi yang tidak perlu, guru boleh terus bekerja di rumah dan kekal di stesen masing-masing,” katanya.

Ditanya adakah guru mempunyai petunjuk prestasi utama (KPI) semasa tempoh PdP, Habibah berkata, tiada penilaian KPI dilakukan.

"Bagaimanapun, kita syorkan pentadbir memantau dari segi pelaksanaan PdPR. Ada yang memaklumkan pemantauan dibuat secara harian dan penjadualan,” katanya.

Sementara itu, Habibah sekali lagi memberi jaminan murid dan pelajar akan meneruskan sesi pembelajaran.

"Pemakluman telah diedarkan kepada sekolah menerusi Jabatan Pendidikan agar sesi pembelajaran terus berlaku. Sekiranya tidak, ia sedikit sebanyak akan menjejas cara pemikiran dan tahap keyakinan murid,” katanya.

Walaupun berbeza dengan pembelajaran secara bersemuka, menurutnya, ibu bapa perlu turut membantu murid dalam PdPR khususnya mereka di sekolah rendah.

"Ini bukan biasa, tahun yang amat luar biasa dan mencabar.

"Tiada alasan untuk tidak terus berusaha walaupun tidak hadir ke sekolah fizikal,” katanya.