KUALA LUMPUR – Pihak Pengurusan Divisyen Tol IJM menawarkan diskaun tol sebanyak 20 peratus untuk kenderaan kelas satu di tiga lebuh raya kendalian syarikat konsensi itu bersempena perayaan Tahun Baharu Cina, 5 Februari ini.
Diskaun tol tersebut melibatkan Lebuhraya Sungai Besi (Besraya), Lebuhraya Baru Pantai (NPE) dan Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) dan 10 peratus diskaun di Plaza Tol Ampangan di Lebuhraya Lekas.