SAINGAN Liga Perdana Inggeris (EPL) Premier League berkemungkinan tidak akan mengubah peraturan pertukaran pemain daripada tiga ke lima pemain sebagaimana yang dilaksanakan dalam saingan liga bola sepak di Eropah hari ini.
Ketua Eksekutif Liga Perdana (PL), Richard Masters berkata, pihaknya menolak cadangan untuk menggunakan lima pemain gantian sebagaimana yang dicadangkan oleh pengendali Liverpool Jurgen Klopp dan Pep Guardiola (Manchester City), baru-baru ini berikutan ia dilihat lebih dilihat sebagai satu ‘keperluan’ dan bukannya satu ‘kelebihan’ bagi mana-mana pasukan.
Justeru menurutnya, EPL akan terus menggunakan kaedah tiga pertukaran pemain (pemain gantian) bagi setiap perlawanan yang diadakan.
"Ia adalah satu kegagalan daripada segi kepimpinan (sesebuah pasukan) apabila perlu menggunakan lima pemain gantian. Ia sememangnya sesuatu yang salah.
"Ya, walaupun kaedah berkenaan dilaksanakan di negara-negara Eropah lain, ia tetap sesuatu yang salah untuk dilakukan. Kini, kita berdepan pula dengan situasi seperti ini,” katanya.
Terdahulu Klopp dan Guardiola masing-masing mengemukakan aduan berhubung undang-undang berkenaan (tiga pemain gantian) pada aksi EPL di Etihad 9 November lalu yang menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 1-1.
Pada aksi berkenaan pertahanan kanan Liverpool yang juga pemain kebangsaan England, Trent Alexander-Arnold mengalami kecederaan yang agak serius.
Situasi berkenaan menyebabkan Klopp dan Guardiola sepakat untuk mencadangkan agar lima pertukaran pemain gantian dapat diaplikasikan dalam saingan EPL selepas ini berdasarkan kepada kepadatan jadual yang memungkinkan pemain lain turut mengalami kecederaan.
Sementara itu Masters berkata, pihaknya memahami situasi yang dihadapi oleh Klopp dan Guardiola ketika ini.
Namun katanya, pertukaran lima pemain akan mengubah kestabilan dalam saingan sukan yang kompetitif seperti bola sepak.
"Ada pertikaian berhubung cadangan berkenaan (pertukaran lima pemain) dan berdasarkan kajian yang dibuat, rata-rata pasukan mahu mengekalkan pertukaran tiga pemain.
"Sebagai contoh, jika Trent (Alexander-Arnold) akan diketepikan oleh skuad kebangsaan England, dia bukannya pemain terakhir kerana Gareth Southgate pasti mempunyai pemain lain untuk diturunkan.
"Justeru, dii sebalik jadual padat, pada ketika seluruh dunia dilanda pandemik Covid-19, kita tidak akan mengaplikasikan pertukaran lima pemain akan mengekalkannya kepada tiga pemain,” katanya.