Tempahan muruku laris menjelang Deepavali
KUANTAN - Pembuat muruku A. Jayachanthiran, 64, (kiri) dibantu isteri M. Thivanney, 64, dan anaknya Prakash Kumar, 40, bersama-sama menyiapkan tempahan muruku menjelang sambutan perayaan Deepavali ketika tinjauan di rumahnya di Taman Shahzan hari ini.
Menurutnya kuih tradisional masyarakat India ini mendapat tempahan tinggi ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) selepas ramai penganut Hindu tidak dapat pulang beraya di kampung seperti biasa.
Beliau sekeluarga yang sudah 20 tahun menghasilkan muruku mengikut resipi turun-temurun berharap muruku yang dibuat seikhlas hati itu dapat mengubat kerinduan pembeli yang tidak pulang ke kampung halaman untuk bersama keluarga meraikan Deepavali. Foto Bernama