RM300 juta bantu tingkatkan harga getah

Iklan
Mohd Khairuddin

KUALA LUMPUR - Harga lantai getah dijangka dapat ditingkatkan menerusi peruntukan Intensif Pengeluaran Getah (IPG) sebanyak RM300 juta dalam Belanjawan 2021.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, peruntukan disediakan itu wajar ketika penularan pandemik koronavirus (Covid-19) yang menyebabkan penyusutan harga getah ketika ini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pada masa sama aplikasi RRIMNiaga yang akan diwajibkan kepada peraih bermula Januari tahun depan juga akan dapat membantu sektor komoditi itu berada dalam paras terbaik.

"RM300 juta kita mohon pada kerajaan kerana diandaikan tahun depan Covid-19 masih menular dan harga masih rendah. Sebab itu kita memerlukan tambahan IPG.

Iklan

"Selain itu, pada Januari 2021 kita wajibkan guna aplikasi RRIM yang secara automatiknya permintaan getah sudah tentu meningkat. Strategi jangka masa panjang bukan sahaja bergantung pada IPG tetapi kita perkenalkan getah krip untuk tingkatkan pengeluaran getah," katanya dalam sesi pertanyaan bagi jawab lisan dalam Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Idris Jusoh (BN-Besut) berkenaan strategi kementerian meningkatkan harga lantai getah.

Iklan

Dalam pada itu, Khairuddin berkata, penggunaan sistem RRIMNiaga bermula 1 Januari 2021 dapat memudahkan penyaluran IPG tanpa proses permohonan manual.

"IPG adalah mekanisme sokongan harga ladang dengan Paras Harga Pengaktifan (PHP) RM2.50 sekilogram getah sekerap atau RM6.10 sekilogram getah Standard Malaysian Rubber (SMR)20.

"Bagi tempoh Januari hingga Oktober 2020, sebanyak RM149 juta telah dibelanjakan untuk membiayai tuntutan IPG. Kita juga turut menggalakkan amalan integrasi di kalangan pekebun kecil untuk mendapatkan pendapatan sampingan," katanya.