Januari bulan paling panas di Australia

Iklan
Purata suhu harian di Australia mencecah sehingga 40 darjah Celsius.

CANBERRA - AUSTRALIA. [DIKEMASKINI] Januari menjadi bulan paling panas pernah direkodkan dengan purata suhu mencecah 40 darjah Celsius buat pertama kali.

Menurut Biro Meteorologi, suhu panas melampau itu tidak pernah berlaku ketika musim panas melanda negara itu.

Iklan
Iklan

"Lima hari dalam bulan Januari adalah antara 10 rekod paling panas dengan suhu harian mencecah sehingga 40 darjah Celsius.

Haba panas melampau itu telah mencetuskan kebakaran hutan selain menyaksikan peningkatan jumlah individu dimasukkan ke hospital.

Iklan

Selain itu, beberapa spesies haiwan liar juga terkesan akibat fenomena tersebut dengan laporan kematian sekumpulan kuda liar, kelawar dan ribuan ikan di kawasan terjejas akibat kemarau.

Rekod baru itu mengatasi keadaan pada 2013 yang dianggap sebagai gelombang haba terburuk pernah melanda Australia. - BBC

Iklan