KUALA LUMPUR - Kelihatan beberapa orang penduduk di sekitar kawasan Kampung Baru membawa botol dan bekas untuk mengisi air dari tangki air awam yang disediakan di Pusat Khidmat Setempat Sebelah Padang Bola Hospital Kuala Lumpur (HKL) di Lorong Raja Muda Abd Aziz hari ini berikutan gangguan bekalan air yang dihadapi sejak jam 6 petang semalam.
Semalam, Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Elina Baseri berkata gangguan bekalan tidak berjadual itu berpunca dari pencemaran bau seakan pelarut di Sungai Selangor. Gangguan tersebut membabitkan wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat. - Foto Bernama