Remaja tak mengaku liwat kenalan sekampung

Iklan
Tertuduh mengaku tidak salah meliwat gadis kenalan sekampungnya di Mahkamah Seksyen Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU- Seorang remaja dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan meliwat seorang gadis, kenalan sekampungnya pada Mei lalu.

Tertuduh berusia 18 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan bagi pertuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan kerana meliwat.

Iklan
Iklan

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa meliwat mangsa yang berusia 14 tahun di sebuah taman perumahan di Chabang Tiga, di sini jam 12.30 tengah malam, pada 12 Mei lalu.

Dengan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika disabitkan kesalahan.

Iklan

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Mohd I'zzat Wan Abdullah di hadapan Hakim Jamaludin Mat.

Sejurus pengakuan tidak salah remaja itu direkodkan, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dengan menetapkan syarat-syarat yang wajib dipatuhi sepanjang prosiding.

Iklan

Antaranya, tertuduh wajib melaporkan diri sekali sebulan di Balai Polis daerah Kuala Terengganu, di sini dan tidak boleh sama sekali menganggu saksi-saksi pendakwaan sepanjang prosiding.

Mahkamah menetapkan 23 Disember depan bagi sebutan semula kes untuk serahan dokumen serta lantikan peguam.