KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak akan menggubal akta perhubungan kaum untuk mengawal perkara melibatkan perhubungan kaum di negara ini, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Datuk Seri Ti Lian Ker berkata, undang-undang sedia ada sudah mencukupi untuk menjaga keharmonian antara kaum dan agama di negara ini.