Maksimum 20 pengunjung di rumah ibadat bukan Islam

Iklan
Kerajaan Selangor membenarkan maksima 20 orang pengunjung bagi rumah ibadat bukan Islam di zon merah sepanjang PKPB di negeri ini.

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor membenarkan maksima 20 orang pengunjung bagi rumah ibadat bukan Islam di zon merah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri ini.

Exco Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, keputusan itu berdasarkan garis panduan dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) berhubung dengan pengoperasian rumah ibadat bukan Islam sepanjang tempoh PKPB bermula 9 November lalu.

Iklan
Iklan

"Garis panduan tersebut menyatakan bahawa had kehadiran pengunjung untuk sebarang aktiviti di rumah-rumah ibadat adalah tertakluk kepada had yang ditentukan kerajaan negeri masing-masing.

"Sehubungan dengan itu, kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam dengan nasihat Selangor Task Force Covid-19 (STFC) memutuskan untuk mengguna pakai had kehadiran pengunjung ditetapkan di dalam Garis Panduan Tambahan Rumah Ibadat Bukan Islam seperti dikeluarkan dalam tempoh PKPB pada Jun lalu," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika sidang media di Foyer Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini.

Menurutnya, kerajaan Selangor juga turut menggesa agar setiap pihak terutamanya bahagian pengurusan rumah ibadat masing-masing sentiasa mengambil tanggungjawab dalam memastikan pematuhan terhadap garis panduan ini dilaksanakan dengan sepenuhnya.

Iklan

"Perhatian khusus perlu diberi kepada usaha memastikan penjarakan fizikal, pemakaian pelitup muka dan penyahkuman (sanitasi) kawasan wajib dibuat secara berkala.

"Kerjasama daripada semua pihak sangat diharapkan dalam usaha kita memutuskan rangkaian penularan wabak Covid-19 ini," katanya.