Individu masuk ke Kelantan dipakaikan gelang 'pink', hijau

Iklan
Gambar hiasan -Foto KKM

KOTA BHARU - Sehingga semalam seramai 246 individu yang memasuki Kelantan dari zon merah dipakaikan gelang merah jambu dan hijau sejak pemakaiannya dikuatkuasakan Isnin lalu di negeri ini.

Pengarah Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Zaini Husin berkata, terdapat 234 individu dipakaikan gelang merah jambu manakala 12 lagi adalah gelang hijau.

Iklan
Iklan

Menurutnya, selain dipakaikan gelang mereka juga wajib menjalani ujian swab di empat sekatan jalan raya di pintu masuk ke negeri ini iaitu di Pasir Puteh (dua), Jeli, Gua Musang termasuk di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Pengkalan Chepa.

"Dari segi pematuhan oleh individu yang memakainya, kita mendapati sejak dikuatkuasakan mereka masih akur dengan peraturan dan pihak polis juga sentiasa membuat pemantauan di tempat-tempat awam,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini hari ini.

Iklan

Terdahulu beliau menghadiri Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara negeri Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim.

Mengulas lanjut, Dr Zaini berkata, seramai 25 pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia bertugas di setiap pintu masuk manakala 50 pegawai lagi ditempatkan di LTSIP untuk menjalani pemeriksaan bagi menangani penularan wabak koronavirus (Covid-19) di Kelantan.

Iklan

Berkaitan perkembangan semasa Covid-19 di Kelantan yang mencatatkan sembilan kes terbaharu semalam, Dr Zaini meminta agar rakyat negeri ini terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

"Setakat ini keadaan masih terkawal. Harap rakyat patuh SOP, jaga penjarakkan fizikal, pakai pelitup muka dan elak berada di tempat sesak.

"Saya merasakan masyarakat sudah memahami SOP yang digariskan cuma tinggal macam mana hendak membudayakannya.

"Paling penting sekarang kita jaga kita dan putuskan rantaian Covid-19 di Kelantan dan elakkan daripada jangkitan wabak ini,” katanya.

Di Kelantan terdapat 197 kes keseluruhan dengan tiga kematian setakat ini.