Minta tolong kerajaan, masih ramai rakyat tengah sesak

Iklan

ADA sesuatu yang menarik minat Merak Jalanan bila mendengar perkhabaran di Parlimen kelmarin. Tidak lain tidak bukan, ia berkenaan cadangan pelanjutan moratorium hingga 2021.

Tidak seperti kebiasaan, kali ini ahli Parlimen daripada blok kerajaan mahupun pembangkang berkongsi nada sama mengenai cadangan pelanjutan moratorium sehingga Jun 2021 dimasukkan dalam Belanjawan 2021.

Iklan
Iklan

Merak Jalanan juga teruja bila mendengar hujahan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Selain soal pelanjutan moratorium secara pukal, Najib turut menyentuh tentang pengeluaran one-off RM10,000 daripada akaun satu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Bagi Merak Jalanan, molek benar jika kerajaan dapat pertimbang semula dua ‘tuntutan’ tersebut. Jika diluluskan nanti, rakyat yang cukup terkesan dengan ancaman Covid-19 sudah tentu mampu menarik nafas lega.

Iklan

Ketika pembentangan Belanjawan 2021 pada Jumaat lalu, Merak Jalanan percaya ramai yang ternanti-nantikan khabar gembira mengenai pelanjutan moratorium dan pengeluaran one-off RM10,000 akaun satu KWSP.

Tapi khabar gembira yang dinanti-nantikan itu tidak kunjung tiba. Sebaliknya, mereka hanya mampu mendengar pengeluaran dana akaun satu KWSP hanya dibenarkan kepada golongan sasar sebanyak RM500 setiap bulan selama 12 bulan.

Iklan

Lebih mendukacitakan, tiada lanjutan moratorium automatik. Dua opsyen diberi – pertama, tangguh bayaran selama tiga bulan dan kedua, pengurangan ansuran bulanan 50 peratus selama enam bulan. Pengumuman itu belum mampu menggembirakan rakyat terutama golongan M40.

Cuma sekadar memetik tema Belanjawan 2021 – ‘Teguh Kita, Menang Bersama’, Merak Jalanan sekali lagi berharap kerajaan dapat pertimbang keluh-kesah rakyat yang masih menagih ‘sesuatu yang mereka impikan’.