Dakwa kerajaan tidak prihatin, 54 pengusaha bas lapor polis
Iklan
Gabungan Persatuan Pengusaha Bas di Kelantan selepas membuat laporan di IPD Kota Bharu hari ini.
KOTA BHARU - Gabungan Persatuan Pengusaha Bas di Kelantan yang terdiri daripada 54 pengusaha memohon ihsan kerajaan Persekutuan membantu mereka yang hilang punca pendapatan ekoran pandemik koronavirus (Covid-19).
Timbalan Presiden Persatuan Bas Sekolah Kelantan, Izani Zakaria berkata, pendapatan mereka terjejas teruk terutama melibatkan perkhidmatan bas sekolah, kilang dan persiaran.
IZANI ZAKARIA
Iklan
Iklan
Beliau berkata, kerajaan diminta untuk campur tangan dalam soal pinjaman dengan syarikat kredit yang tidak melanjutkan moratorium selepas tamat pada September lalu.
"Pendapatan kami terjejas teruk dan tidak mampu mengeluarkan wang untuk membayar ansuran bulanan bas sejak September lalu.
Iklan
"Untuk makluman, kami membeli bas secara pinjaman daripada syarikat kredit dan setiap bulan terpaksa membayar faedah RM1,800 hingga RM5,000 walaupun moratorium dilaksanakan pada Mac hingga September lalu.
"Itu hanya kadar faedah yang perlu dibayar setiap bulan. Bagaimana pula kami mahu membayar ansuran RM5,000 hingga RM18,000 sebulan sekiranya tiada punca pendapatan sepanjang Covid-19," katanya ketika ditemui di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu di sini hari ini.
Iklan
Terdahulu persatuan tersebut membuat laporan polis terhadap tujuh kementerian kerana didakwa tidak prihatin dengan nasib pengusaha bas yang terkesan akibat pandemik Covid-19.
Ahli gabungan persatuan berkenaan juga terkilan dengan Belanjawan 2021 yang dibentangkan Jumaat lalu dilihat tidak banyak membantu kumpulan pengusaha-pengusaha bas.
Izani berkata, disebabkan keadaan semakin terdesak, ada antara pengusaha yang mengambil tindakan drastik dengan menjual bas kerana tidak mampu untuk menanggung bebanan ansuran bulanan.
"Sehingga hari ini sudah 50 peratus pemandu bas diberhentikan kerja kerana syarikat bas tidak mempunyai pendapatan untuk membayar gaji mereka.
"Saya berharap kerajaan dapat mencari inisiatif dalam membantu pengusaha bas seperti kami yang tidak mempunyai pendapatan," katanya.
Sementara itu, wakil pemandu bas, Mohd Sahazuddin Mohamed berkata, dia tidak dapat memandu bas sejak Mac lalu.
"Sejak Covid-19 melanda, punca pendapatan saya tidak menentu kerana sekolah ditutup, malah pelancong yang mahu menggunakan bas persiaran juga berkurangan.
"Apa yang mengecewakan apabila Belanjawan 2021 yang dibentangkan langsung tidak menyentuh kebajikan pengangkutan seperti bas sekolah, kilang dan persiaran," katanya.
Menurutnya, masih tidak terlewat untuk kerajaan berbuat sesuatu untuk menyelamatkan rakyat negara ini yang terlibat dengan industri sebegini sebelum lebih ramai menderita.
Gabungan tersebut terdiri daripada 54 pengusaha membabitkan 394 buah bas dan 13 van kilang.
Seramai 65 duta dakwah dalam kalangan anak muda dilahirkan oleh Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd dengan kerjasama Masjid Imanul Fa'izin melalui Program Umrah Percuma Anak Muda Jati Kelantan yang bermula 29 Disember lalu dan melabuhkan tirainya pada Khamis, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin
Sepanjang dua minggu di Makkah dan Madinah kesemua peserta yang terdiri daripada 29 perempuan dan 36 lelaki masing-masing berusia antara 20 hingga 35 tahun itu bukan sahaja fokus kepada ibadah umrah semata-mata namun mereka turut disajikan dengan makanan rohani menjadikan mereka insan yang berguna kepada agama, bangsa serta negara.
Mutawif dari Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd, Ahmad Junaidi Omar berkata, pelbagai pengisian telah diaturkan untuk anak-anak muda sekali gus berbeza dengan jemaah umrah yang lain.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/706435/edisi/kelantan/andalusia-lahirkan-duta-dakwah-dalam-kalangan-anak-muda
Muzik: Happiness dari www.bensound.com