Gadis cari wali untuk nikah

Iklan
Najihah melangsungkan pertunangan Disember tahun lalu.

KUANTAN - Seorang gadis yang telah diserahkan kepada keluarga angkat ketika berusia dua hari sejak 26 tahun lalu, kini mencari ibu bapa kandungnya dipercayai berasal dari Indonesia.

Najihah Joko Sapuan, 26, berkata, dia tidak pernah berjumpa kedua-dua mereka sejak kecil dan meminta orang ramai yang mengenalinya dapat menyalurkan maklumat berhubung perkara itu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kedua-dua ibu bapanya dikenali sebagai Joko Sapuan Yunan dan Siti Fatimah Kurdi.

"Satu-satunya maklumat yang saya ada ialah sekeping sijil surat beranak yang menyatakan alamat terakhir ibu bapanya di Ladang SKS Paloh Hinai, Pekan pada tahun 1994.

Najihah (kanan) bersama ibu angkatnya, Che Som yang memelihara beliau sejak berusia dua hari.

Iklan

"Saya kini menetap di Lot Batu 8 Lepar Gambang bersama Che Som @ Che Ah Lazim yang merupakan ibu angkat yang kini berusia 78 tahun.

"Jika ibu atau bapa saya ada melihat siaran akhbar ini, atau sesiapa yang mengenali mereka diminta menghubungi saya segera bagi tujuan wali pernikahan," katanya.

Iklan

Najihah yang merancang untuk melangsungkan perkahwinan Disember ini berharap dapat meraikan bersama ibu bapa kandungnya.