Kelihatan penjaja kecil menjalankan aktiviti perniagaannya seperti biasa walaupun terkesan kerana pandemik COVID-19 ketika tinjauan di sekitar ibu kota, hari ini.
Wilayah Persekutuan akan menjadi 'Wilayah Bebas Berniaga' selama enam bulan bermula 15 November ini.
Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, berkata inisiatif itu dibuat bagi membolehkan warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan meringankan beban susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikhususkan kepada warganegara Malaysia saja.