MSD tampilkan personaliti terkenal, tawar hadiah lumayan

Iklan
MSD berlangsung selama tujuh hari dari 18 hingga 24 November 2020 melalui laman Facebook dan saluran YouTube MSD.

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Pelbagai program seperti rancangan memasak, sesi bual bicara dan program hibur didik yang menarik akan disiarkan secara langsung sepanjang Minggu Saham Digital (MSD).

MSD yang dianjurkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) merupakan adaptasi digital Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) yang menampilkan barisan penceramah dan personaliti terkenal.

Iklan
Iklan

Jadual program akan disiarkan setiap hari antara jam 12.30 tengah hari dan 10.30 malam dari 18 hingga 24 November 2020 melalui laman Facebook dan saluran YouTube MSD.

PNB dalam satu kenyataan berkata, MSD bertujuan untuk mempamerkan syarikat pelaburan PNB di samping mendidik rakyat Malaysia mengenai kepentingan pelaburan dan perancangan kewangan.

Iklan

Menurut kenyataan itu, seluruh rakyat Malaysia dijemput untuk mengambil bahagian dalam MSD menerusi platform digital yang tersedia dan mudah dilayari dengan slogan #Laburbersama.

Kata kenyataan itu, majlis perasmian MSD berlangsung pada 19 November ini jam 3 petang dan akan disempurnakan oleh Menteri Kewangan yang juga Timbalan Pengerusi Yayasan Pelaburan Bumiputra (YPB), Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Iklan

Turut hadir, Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Dr Zeti Aziz serta Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Ahmad Zulqarnain Onn.

Program

Sepanjang tujuh hari itu, rakyat Malaysia dapat menyaksikan pelbagai aktiviti, daripada siri forum dan webinar pendidikan, kepada segmen-segmen yang menghiburkan seperti konsert maya.