Kelihatan petugas Jabatan Kesihatan Labuan melaksanakan Program Tinjauan Mesra (Walkabout) bagi mendekati para penduduk setempat dan memberi pendidikan kesihatan disamping melakukan pemantauan dalam komuniti susulan penularan wabak COVID-19 di Kampung Bebuloh Laut hari ini.
Ia juga adalah pemantauan berterusan daripada pihak kesihatan berikutan beberapa kes positif pernah dicatatkan di kampung itu.