Peniaga kedai runcit disyaki liwat kanak-kanak

Iklan
Gambar hiasan.

GOMBAK - Seorang peniaga kedai runcit ditahan kerana disyaki meliwat seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun di sebuah pangsapuri di Batu Caves, di sini sejak Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, pihaknya menahan lelaki berusia 34 tahun itu, Selasa lalu.

Iklan
Iklan

"Kita telah menerima laporan daripada ibu mangsa pada Isnin lalu yang mendakwa kejadian berlaku sejak Mac lalu dan kali terakhir dikatakan pada 29 Oktober lalu," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Arifai memaklumkan suspek direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan.

Iklan
Iklan