Tiga beradik diberkas eksploitasi pekerja asing

Iklan
Antara warga asing yang dipercayai menjadi mangsa eksploitasi kerja berjaya diselamatkan polis dalam operasi Op Pintas di sekitar Melaka, kelmarin.

KUALA LUMPUR - Polis menahan tiga beradik warga tempatan dipercayai terlibat dalam jenayah mengeksploitasi pekerja warga asing sebagai pekerja pembersihan di sekitar Melaka, kelmarin.

Tiga beradik wanita berusia lingkungan 30-an itu ditahan menerusi Op Pintas oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian D3 Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman bersama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah.

Iklan
Iklan

Ketua Penolong Pengarah Bahagian D3 ATIPSOM, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, serbuan dilakukan pada jam 10.30 malam di lima lokasi termasuk premis kedai dan kediaman.

Antara warga asing yang dipercayai menjadi mangsa eksploitasi kerja berjaya diselamatkan polis dalam operasi Op Pintas di sekitar Melaka kelmarin.

"Serbuan ini menahan kesemua suspek yang dipercayai menguruskan agensi perkhidmatan pembersihan di sekitar Melaka.

Iklan

"Selain itu, seramai 33 wanita warga asing melibatkan 30 warga Indonesia dan tiga warga Kemboja berusia lingkungan 18 hingga 40 tahun yang menjadi mangsa kes terbabit berjaya diselamatkan," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat dan siasatan awal mendapati mangsa dipercayai telah dieksploitasi oleh majikan mereka dengan cara tidak membayar gaji dan tiada kebebasan bergerak.

Iklan
Antara warga asing yang dipercayai menjadi mangsa eksploitasi kerja berjaya diselamatkan polis dalam operasi Op Pintas di sekitar Melaka, kelmarin.

Katanya, ada juga mangsa terbabit dikatakan dikurung, tidak dibenarkan mengguna telefon bimbit selain dikawal penjaga dan kamera litar tertutup (CCTV).

"Susulan itu, terdapat mangsa yang tidak tahan telah melarikan diri dan membuat aduan di pihak Kedutaan Indonesia sebelum laporan siasatan dilakukan," katanya.

Tegasnya, ketiga-tiga suspek kini direman tujuh hari sehingga Khamis depan untuk siasatan di bawah Seksyen 12 ATIPSOM 2007.