Al-Quran ditemui masih elok dalam rumah terbakar

Iklan
Rosmaini menunjukkan naskah Al- Quran yang masih dalam keadaan baik selepas rumahnya di Kampung Sri Dungun di sini hangus dijilat api dalam kejadian Isnin lalu.

Sepakat bina rumah baharu ganti rumah terbakar

PONTIAN - Seorang mangsa kebakaran menemui senaskah al-Quran masih elok dan hanya terbakar pada bahagian tepi ketika dia membersihkan sisa kebakaran di tapak rumahnya di Kampung Sri Dungun, kelmarin.

Rosmaini Uyup, 38, berkata, dia terkejut sewaktu menemui naskah al-Quran itu memandangkan keseluruhan barang di rumahnya hangus terbakar namun al-Quran tersebut masih dalam keadaan baik.

Iklan
Iklan

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 6 pagi Isnin lalu, kira-kira 20 penghuni dari lima buah keluarga termasuk Rosmaini di Kampung Sri Dungun tinggal sehelai sepinggang selepas kediaman mereka terbakar.

"Banyak barang yang rosak dan buku terbakar namun kalam ALLAH ini masih elok. Al- Quran ini diberikan oleh rakan baik saya, lima tahun lalu. Ia merupakan al- Quran lama," katanya yang bekerja sebagai nelayan.

Iklan

Mengenai rumahnya yang terbakar itu, penduduk Kampung Sri Dungun sepakat menyatakan kesediaan mahu bergotong- royong membina rumah baharu untuk mangsa kebakaran.

Ahmad ( kiri) meninjau keadaan rumah penduduk Kampung Sri Dungun yang hangus terbakar dalam kejadian Isnin lalu.

Tambah Rosmaini, rumah baharu tersebut akan dibina di atas tapak rumah lama yang telah hangus menerusi sumbangan orang ramai, badan bukan kerajaan (NGO) dan beberapa pemimpin setempat.

Iklan

Katanya, pelbagai pihak tampil menghulurkan sumbangan termasuk wang tunai bagi meringankan beban dan seterusnya memberi harapan bagi membina rumah baharu untuk mereka diami.

"Saya bersama isteri, Riscadwiutami Udikusdiono, 22, serta empat orang anak tinggal sementara di rumah sewa disediakan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ).

"Bagi pembinaan rumah baharu perlukan RM20,000. Untuk peringkat awal pembinaan perlu ada RM5,000. Saya jangka dalam dua minggu lagi mula bina dengan bantuan penduduk kampung secara gotong- royong," katanya.

Rosmaini ( kiri) menunjukkan keadaan rumahnya di Kampung Sri Dungun di sini yang hangus terbakar dalam kejadian Isnin lalu.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, pihaknya akan menyusuli cadangan yang pernah dikemukakan sebelum ini berhubung pemindahan penempatan nelayan di Kampung Sri Dungun yang mempunyai kira- kira 68 buah rumah ke kawasan baharu.

"Sebelum ini memang ada program pemindahan kampung nelayan di Pontian seperti di Benut.

"Saya akan teruskan usaha membawa isu ini kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan kerajaan negeri negeri Johor," katanya ketika melawat lokasi kejadian, hari ini.