Pemimpin kedua tertinggi al-Qaeda terbunuh di Iran

Iklan
Al-Masri didakwa mendalangi serangan berdarah ke atas Kedutaan Amerika Syarikat di Afrika pada 1998. - Foto Agensi

WASHINGTON - Pemimpin kedua tertinggi kumpulan militan al-Qaeda didakwa maut ditembak di Iran tiga bulan lalu, menurut laporan The New York Times (NYT) memetik kenyataan pegawai risikan Amerika Syarikat (AS) semalam.

Abdullah Ahmed Abdullah atau dikenali sebagai Abu Muhammad al-Masri ditembak mati bersama anak perempuannya dan balu anak lelaki Osama Laden di tepi jalan di Teheran oleh dua penyerang bersenjata menaiki motosikal pada 7 Ogos lalu.

Iklan
Iklan

Difahamkan, operasi rahsia itu dilakukan rejim Zionis bagi pihak AS.

Al-Masri yang didakwa mendalangi serangan berdarah ke atas Kedutaan AS di Afrika pada 1998 merupakan pemimpin yang berada di barisan hadapan selepas Ayman al-Zawahri.

Iklan

Biro Siasatan Persekutuan (FBI) pernah menyenaraikannya dalam senarai Individu Paling Dikehendaki dan turut menawarkan ganjaran AS$10 juta (RM41 juta) untuk pemberi maklumat yang membawa kepada penahannya.

Sementara itu, Iran mendakwa laporan NYT itu sebagai 'maklumat yang sengaja direka' dan menafikan kehadiran mana-mana anggota al-Qaeda di negara tersebut.

Iklan