PDRM tahan 502 individu langgar SOP

Iklan
Ismail Sabri Yaakob

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 502 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, seramai 204 individu ditahan kerana gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal, tidak memakai pelitup muka (99), premis beroperasi lebih masa dan tanpa kebenaran (63) serta premis perniagaan gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (55).

Iklan
Iklan

"Kesalahan rentas daerah dan negeri bagi kawasan PKPB tanpa kebenaran (40) dan lain-lain (41). Secara keseluruhan seramai 470 individu dikompaun manakala 32 individu pula direman.

"Bagi Operasi Benteng pula, seramai 38 pendatang tanpa izin, dua tekong ditahan dan lapan kenderaan darat dirampas,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Iklan

Ismail Sabri berkata, seramai 66,823 individu pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa pula diperintah jalani kuarantin wajib dan kesemuanya ditempatkan di 67 hotel dan 21 Institut Latihan Awam (ILA) serta institut pengajian tinggi swasta sejak 24 Julai lalu.

Menurutnya, daripada jumlah itu, seramai 9,569 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib manakala 388 individu dihantar ke hospital untuk rawatan. Setakat ini seramai 56,866 individu didiscaj dan dibenarkan pulang.

Iklan

Mereka pulang dari pelbagai negara seperti Filipina, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Jepun dan Ethiopia.

Dalam pada itu, katanya, berdasarkan pemantauan penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) kelmarin, secara keseluruhan bekalan barangan keperluan mencukupi.

Ismail Sabri berkata, pegawai penguat kuasa KPDNEHP juga melakukan 848 pemeriksaan khas pematuhan prosedur operasi standard PKPP mendapati kesemua premis mematuhi arahan ditetapkan.

"Kerajaan menggesa pengusaha dan orang ramai sentiasa mengamalkan kawalan kendiri termasuk penjarakan fizikal dan kebersihan diri terutamanya dalam aktiviti jual beli barangan keperluan harian,” katanya. - Bernama