Iran nafi pemimpin al-Qaeda dibunuh di Tehran

Iklan
Serangan ke atas kedutaan Amerika Syarikat di Kenya dan Tanzania oleh al-Qaeda telah membunuh ratusan orang pada tahun 1998. - Agensi

TEHRAN - Iran menafikan satu laporan bahawa seorang pemimpin kumpulan militan al-Qaeda, Abdullah Ahmed Abdullah terbunuh di ibu negara, Tehran pada Ogos lalu.

Akhbar New York Times melaporkan Abdullah, komander kedua al-Qaeda ditembak mati di jalan raya oleh ejen Israel seperti yang dikehendaki Amerika Syarikat (AS).

Iklan
Iklan

Iran berkata, tiada 'pengganas' al Qaeda tinggal di negaranya.

Abdullah didakwa merancang serangan maut ke atas kedutaan AS di Afrika pada tahun 1998.

Iklan

Menurut laporan New York Times yang memetik seorang pegawai perisikan AS yang enggan dikenali berkata, Abdullah atau nama samarannya Abu Muhammad al- Masri ditembak bersama anak perempuannya oleh penyerang yang menaiki motosikal semasa kejadian pada 7 Ogos lalu.

Laporan itu mendakwa pada awalnya Iran cuba melindungi kematian Abdullah yang ditembak mati apabila media Lubnan dan Iran menyatakan mangsa yang ditembak pada 7 Ogos lalu ialah seorang profesor dan anak perempuannya.

Iklan

Namun Kementerian Luar Iran menafikan laporan terbabit hari ini dengan menyatakan Washington dan Tel Aviv cuba mengaitkan Iran dengan kumpulan militan dengan memberikan maklumat palsu kepada media.

Setakat ini, tidak komen terbaru oleh pihak AS atau pegawai Israel. - Agensi