Kes Covid-19 di AS makin parah

Iklan
Trump semalam menegaskan pentadbirannya tidak lagi akan melaksanakan langkah lockdown untuk membendung penularan Covid-19.

PROVIDENCE - Kes jangkitan koronavirus (Covid-19) yang semakin melonjak di Amerika Syarikat (AS) menyebabkan gabenor Oregon dan New Mexico mengarahkan langkah lockdown sebagai tindak balas paling agresif walaupun negeri lain tidak sepakat untuk mengambil tindakan sama.

"Kita berada dalam situasi antara hidup dan mati. Jika kita tidak bertindak sekarang, kita tidak akan dapat menyelamatkan banyak nyawa dan menjejaskan sistem penjagaan kesihatan," kata Gabenor Demokrat, Michelle Lujan Grisham yang menguatkuasakan perintah duduk di rumah selama dua minggu.

Iklan
Iklan

Sementara itu, Gabenor Oregon, Kate Brown juga mengambil langkah sama bermula Rabu ini yang menghendaki kesemua perniagaan menutup operasi mereka dan majikan perlu memastikan kakitangan mereka bekerja dari rumah.

Bagaimanapun, Oregon masih membenarkan premis perniagaan terus beroperasi manakala restoran hanya dibenarkan menyediakan perkhidmatan makanan untuk dibawa pulang selain jumlah perjumpaan sosial dihadkan kepada enam orang.

Iklan

"Mereka yang melanggar sekatan itu akan dikenakan denda atau ditahan pihak berkuasa. Sejak lapan bulan lalu, saya sudah berulang kali memohon penduduk Oregon supaya mematuhi peraturan ditetapkan. Kita perlu bertegas pada kali ini kerana sudah tiada pilihan lain," kata gabenor Demokrat itu lagi.

Sejak beberapa hari lalu, gabenor di kebanyakan negeri seperti New York, Maryland, Virginia dan Minnesota telah mengambil langkah mengenakan sekatan untuk membendung penularan wabak itu.

Iklan

Di Montana yang menyaksikan peningkatan lebih 16 peratus kes jangkitan sejak minggu lalu, Gabenor Steve Bullock menyatakan beliau perlu mengambil langkah secara berhati-hati kerana tiada bantuan tambahan persekutuan untuk membantu golongan penganggur dan perniagaan kecil.

Datuk Bandar Nashville di Tennessee, John Cooper pula memberitahu beliau tidak merancang untuk mengembalikan sekatan.

"Langkah menutup satu daerah bukan cara yang efektif untuk membendung penularan pandemik itu jika kawasan sekitar tidak mematuhi garis panduan sama," ujarnya.

Semalam, Presiden Donald Trump menolak untuk melaksanakan semula langkah lockdown di seluruh negara dan hanya meminta rakyat Amerika supaya sentiasa berwaspada.

Kes jangkitan di AS kini mencecah 10.7 juta kes dan hampir seperempat juta kematian dengan kira-kira 1,000 korban dilaporkan secara purata pada setiap hari. - Agensi