Malaysia mahu beban sama rata dikongsi tangani isu Rohingya

Iklan
Muhyiddin (kanan) diiringi Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (kiri) ketika hadir sempena hari ketujuh Sidang Kemuncak ASEAN Ke-37 dan Sidang-Sidang Kemuncak Berkaitan yang diadakan secara maya hari ini. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Malaysia mahu tanggungjawab dan beban berhubung Rohingya dikongsi sama rata bagi mengatasi isu itu, sebagaimana digariskan Global Compact on Refugees (GCR) memandangkan kemampuan dan sumber semakin terhad serta diburukkan lagi dengan penularan pandemik koronavirus (Covid-19).

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Sidang Kemuncak ASEAN-Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke-11 hari ini berkata, Malaysia tidak lagi berupaya menerima lebih ramai pelarian, kesan krisis di Rakhine, Myanmar itu terus mempengaruhi negara di rantau ini, termasuk Malaysia.

Iklan
Iklan

Perhimpunan Agung PBB menerima pakai GCR pada 17 Disember 2018, selepas dua tahun rundingan, diterajui Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR).

Ia merangkumi kerangka kerja mengenai pembahagian tanggungjawab sama rata, memandangkan penyelesaian yang mampan tidak dapat dicapai tanpa kerjasama antarabangsa.

Iklan

Mengenai perjuangan Palestin, Muhyiddin berkata kedudukan Malaysia dalam perkara ini tetap konsisten dan tidak berubah.

"Malaysia gesa PBB dan masyarakat antarabangsa untuk lebih mempertimbangkan dan melaksanakan langkah-langkah konkrit bagi meringankan penderitaan rakyat Palestin yang tertindas," katanya.

Iklan

Sidang Kemuncak ASEAN-PBB ke-11 diadakan pada hari terakhir Sidang Kemuncak ASEAN ke-37 turut disertai Setiausaha Agung PBB António Guterres.

Muhyiddin mengetuai delegasi Malaysia pada sidang kemuncak dwitahunan itu dari Kuala Lumpur.

Dihoskan Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Xuan Phuc selaku Pengerusi ASEAN 2020. - Bernama