KUALA LUMPUR - Malaysia hari ini menyeru pemimpin global meningkatkan usaha mengekang keganasan daripada terus berleluasa, di tengah-tengah pandemik koronavirus (Covid-19) dan menjadikan dunia kembali aman, stabil serta selamat.
Berucap pada Sidang Kemuncak ASEAN-Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke-11, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tatkala dunia berjuang meratakan lengkung Covid-19, serangan di Eropah baru-baru ini membuktikan bahawa keganasan kian merebak.
"Mengenai pelucutan senjata dan pengawalan senjata nuklear, kita seharusnya tidak terlepas pandang berhubung pelanggaran terhadap usaha itu, walaupun selepas Covid-19 melanda.
"Saya bagi pihak kerajaan Malaysia merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang bersatu menyokong kenyataan Setiausaha Agung PBB mengenai Gencatan Senjata Global di tengah-tengah pandemik Covid-19.
"Kami berharap inisiatif ini dapat membantu menamatkan permusuhan dan mencapai keamanan yang berterusan di seluruh dunia," katanya.
Sidang Kemuncak ASEAN-PBB ke-11 diadakan pada hari terakhir Sidang Kemuncak ASEAN ke-37 turut disertai Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres.
Muhyiddin berkata, langkah Malaysia meratifikasi Perjanjian Larangan Senjata Nuklear (TPNW) baru-baru ini memperlihatkan sokongan terhadap agenda ini.
Ujarnya, Malaysia kekal komited menangani ancaman keganasan sehingga ke akar umbi.
"Pada masa sama, kita harus menggalakkan sikap saling menghormati, keharmonian dan keamanan bersama, di samping menentang sebarang bentuk penganiayaan, provokasi, prasangka dan kebencian terhadap agama mahupun kaum.
"Malaysia menyambut baik Pelan Tindakan Setiausaha Agung PBB untuk Mencegah Ekstremisme Melampau (PVE) yang menumpukan elemen pencegahan, pendekatan yang sudah dipraktikkan Malaysia," katanya.
Tambah beliau sebagaimana saranan PBB, Malaysia sedang membangunkan pelan tindakan untuk PVE.