'Bajet 2021 Kedah biasa-biasa saja'

Iklan
Mukhriz berpendapat Bajet 2021 Kedah yang dibentangkan tidak merangka belanjawan untuk mengatasi masalah luar biasa yang sedang dihadapi rakyat.

ALOR SETAR - Bajet 2021 Kedah yang dibentangkan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor hari ini hanya biasa -biasa sahaja dalam keadaan negara berdepan pandemik koronavirus (Covid-19) yang luar biasa.

Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berpendapat bajet berkenaan tidak merangka belanjawan untuk mengatasi masalah luar biasa yang sedang dihadapi rakyat.

Iklan
Iklan

Mukriz berkata, kerajaan negeri sepatutnya berfikir di luar kotak untuk menguruskan hasil kutipan bagi tujuan meringankan bebanan rakyat yang terkesan dengan Covid-19.

"Ketika ini ramai yang tidak menjana pendapatan. Banyak perniagaan gulung tikar dan ada yang diberhentikan kerja.

Iklan

"Jadi, bukan masanya kerajaan negeri membelanjakan untuk pembangunan tertentu tetapi ada yang boleh ditangguhkan terlebih dahulu kepada tahun seterusnya," katanya kepada pemberita selepas pembentangan Bajet 2021 Kedah di Wisma Darul Aman, di sini hari ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jitra berkata, kerajaan negeri seharusnya memberi keutamaan peruntukan belanjawan untuk membantu rakyat yang terjejas akibat pandemik Covid-19 ketika ini.

Iklan

"Bagaimanapun, saya tidak nampak Bajet 2021 Kedah atau pembentangan bajet nasional yang memberi fokus utama kepada masalah ini," katanya.

Mukhriz juga memberi pendapat supaya projek berimpak tinggi di Kedah yang dirancang ditangguhkan.

"Bagi saya tangguh. Ini bukan masanya. Sebelum ini, projek dirancang sebelum pandemik melanda dan kita tidak menyangka keadaan akan berlaku seperti sekarang.

"Sebagai contohnya, pembinaan Lapang Terbang Antarabangsa Kulim (KXP), walhal kita tahu sektor penerbangan belum ada kepastian.Jadi, tidak salah dan tidak merugikan jikalau tangguh dahulu dan memberi fokus kepada sektor ekonomi lain,"katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kedah bentang Belanjawan 2021 sebanyak RM999.9 juta

Kedah tidak pinggir ADUN pembangkang

Kedah teruskan projek berimpak tinggi