KUALA LUMPUR - Seorang anggota polis trafik cedera dihempap khemah ketika menjalankan tugas sekatan jalan raya (SJR) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Plaza Tol Duta di sini hari ini.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, anggota terbabit Koperal Nazmi Abdullah cedera selepas khemah itu runtuh dan menimpa kepalanya ketika hujan lebat serta angin kencang petang tadi.