Lebih 1.3 juta penduduk dunia maut akibat Covid-19

Iklan
Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 246,073 kes. Ini diikuti Brazil dengan 165,658 kes.

Angka kematian akibat pandemik Covid-19 kini sebanyak 1.3 juta kes di seluruh dunia.

Statistik Johns Hopkins University menunjukkan, jumlah kumulatif kematian global akibat Covid-19 terkini adalah 1,315,767 kes.

Iklan
Iklan

Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 246,073 kes. Ini diikuti Brazil dengan 165,658 kes.

Manakala India dan Mexico masing-masing merekodkan 129,635 dan 98,259 angka korban manakala United Kingdom mencatatkan 52,026 kes kematian akibat wabak berkenaan.

Iklan

Sementara itu, Itali (45,229), Perancis (42,600), Iran (41,493), Sepanyol (40,769), Peru (35,177), Argentina (35,436), Columbia (34,031) dan Rusia (32,885) pula berkongsi angka korban melebihi 30,000 kes.

Afrika Selatan pula merekodkan angka 20,241 kes korban.

Iklan

Negara-negara lain masih merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes.