Gempa bumi landa selatan Filipina

Iklan
Gambar hiasan - Foto 123RF

MANILA- Gempa bumi berukuran 6.0 magnitud menggegarkan wilayah Surigao Del Sur di selatan Filipina, hari ini, menurut Institut Seismologi dan Volkanologi Filipina.

Agensi Berita Xinhua melaporkan, institut berkenaan memaklumkan, gempa bumi itu melanda pada jam 6.37 pagi waktu tempatan pada kedalaman 33 kilometer (km).

Iklan
Iklan

Menurut institut itu lagi, gempa bumi terbabit yang berasal daripada tektonik, akan mencetuskan gempa susulan dan kerosakan adalah dijangkakan. - Bernama