[VIDEO] Pelajar Tingkatan Enam didakwa bunuh Siti Nur Surya

Iklan
Tertuduh, Siti Nur Athirah Azmi hanya mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda.

MARANG - Seorang pelajar Tingkatan Enam didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh rakan sekolahnya, Siti Nur Surya Ismail dalam kejadian di Kampung Lubok Batu, Telemong Hulu Terengganu.

Tertuduh, Siti Nur Athirah Azmi, 19, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret, Engku Nurul Ain Engku Muda.

Iklan
Iklan

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh Siti Nur Surya Ismail, 19, di sebuah rumah di Kampung Lubuk Batu, Jalan Bukit Tadok, Telemong, Hulu Terengganu antara jam 8.30 hingga 9.30 pagi pada 1 November lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh berdepan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Iklan

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan sebelum mahkamah menetapkan 10 Januari 2021 sebagai tarikh sebutan semula kes di Mahkamah Majistret Kuala Berang.

Tiada sebarang jaminan ditawarkan terhadap tertuduh.

Iklan

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Amer Abu Bakar Abdullah manakala tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Mazlan Md Zain.

Terdahulu, suspek yang memakai pakaian lokap berwarna ungu dan bertudung hitam tiba di perkarangan Mahkamah Majistret Marang kira-kira jam 9.40 pagi.

Malah, ibu tertuduh turut melambai anaknya ketika remaja perempuan itu dibawa ke dalam kereta.

Beberapa ahli keluarga tertuduh termasuk ayah dan ibunya turut berada di perkarangan mahkamah berkenaan.

Sebelum ini, pada 3 November lalu, pelajar Tingkatan Enam itu dibenarkan direman untuk siasatan lanjut berhubung kejadian bunuh rakan sekolahnya Siti Nur Surya Ismail dalam kejadian di Kampung Lubok Batu, Telemong Hulu Terengganu.

Suspek ditahan selepas tampil ke Balai Polis Telemong Hulu Terengganu kira- kira jam 7.30 pagi dengan ditemani ibunya kononnya untuk membantu siasatan, namun hasil keterangan diberi remaja terbabit mencurigakan lalu ditangkap untuk siasatan lanjut.



Penahanan remaja yang bersekolah bersama mangsa dari Tingkatan Satu hingga Lima itu sekali gus membongkar motif kejadian pembunuhan kejam itu.

Ketua Polis Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, hasil pendedahan, suspek memaklumkan dia pergi ke rumah mangsa kira-kira jam 9 pagi dan bersembang di ruang tamu sebelum berlaku perselisihan faham sehingga tercetusnya pergelutan di antara mereka.

Mohd Adli berkata, hasil penahanan suspek, turut ditemui beberapa barangan milik mangsa dilaporkan hilang termasuk telefon bimbit, wang tunai dan kelengkapan mekap.

Pemeriksaan ke atas tubuh badan suspek juga mendapati beberapa kesan kecederaan di bahagian badannya.

Media sebelum ini melaporkan seorang remaja perempuan berusia 19 tahun ditemui mati dipercayai dibunuh dalam kejadian samun di Kampung Lubok Batu, Telemong di sini.

Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, mangsa, Siti Nur Surya Ismail ditemui tertiarap di ruang tamu rumah berkenaan oleh adiknya, Siti Nur Syuhada, 15, yang baru pulang dari sekolah.

Siti Nur Surya dibunuh kejam dengan beberapa kesan tikaman dipercayai senjata tajam di beberapa bahagian badan termasuk putus pergelangan tangan kiri.

Ketika kejadian, bapa mangsa tiada di rumah, manakala mangsa yang merupakan anak kelima daripada tujuh beradik sedang menjaga ibunya yang terlantar sakit akibat kanser otak.

ARTIKEL BERKAITAN: Suspek bunuh Siti Nur Surya disambung reman