Kuster Titian Covid-19

Iklan
Pemandangan kehidupan harian serta pembudayaan norma baharu dengan pemakaian pelitup separuh muka oleh para penduduk dapat dilihat di kawasan penempatan air setinggan Kampung Muslim.

Kluster aktif Covid-19, Kluster Titian dikesan di kawasan itu mencatatkan jumlah 64 kes sehingga hari ini.

Penempatan air setinggan itu adalah kawasan Skim Penempatan Masyarakat Pelarian (SPMP).

Labuan merekodkan kes positif Covid-19 baharu setiap hari sejak 28 September lepas dengan kes kumulatif sebanyak 1,177 setakat semalam. - Foto Bernama