Polis siasat pesakit Covid-19 melarikan diri

Iklan
Soffian Santong

GEORGETOWN - Polis akan menjalankan siasatan ke atas pesakit yang disahkan positif wabak koronavirus (Covid-19) yang melarikan diri dari Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas selesai menjalani rawatan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, lelaki tersebut diserahkan kepada pihak HPP selepas ditahan semalam.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, polis akan menjalankan siasatan kerana kesalahan melarikan diri ketika menjalani rawatan. Serahan kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwaraya selepas dia selesai menjalani rawatan dan disahkan bebas virus tersebut.

"Kita akan membuka dua kertas siasatan iaitu di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di sini tadi.

Iklan

Petang semalam, polis mengesan seorang lelaki dipercayai pesakit disahkan positif Covid-19 yang melarikan diri dari HPP.

Lelaki berusia 23 tahun berasal dari Kepala Batas itu sedang dirawat di hospital berkenaan namun dikesan 'hilang' dipercayai telah melarikan diri dari wad pada jam 3.20 petang.

Iklan

Dia bagaimanapun tidak memakai gelang pengawasan berwarna merah jambu selepas meninggalkannya di atas katil di hospital.

Lelaki terbabit kemudiannya berjaya ditahan selepas ditemukan di kawasan kaki lima deretan kedai di Bayan Lepas di sini kira-kira 9.30 malam tadi.

Dia dibawa oleh sepasukan petugas kesihatan yang menggunakan peralatan perlindungan (PPE) yang lengkap ke HPP.

Difahamkan, lelaki tersebut berjalan kaki sejauh 25 kilometer dari HPP ke kawasan Bayan Lepas iaitu lokasi dia ditemui.