Clare puas hati kes saman Pas selesai luar mahkamah

Iklan
Clare Rewcastle-Brown - Foto Astro Awani
KUALA LUMPUR - Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown berpuas hati dengan penyelesaian luar mahkamah dalam saman Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadapnya.

Biarpun begitu katanya, Clare sebenarnya berharap dapat bersemuka dengan pihak yang menyamannya di mahkamah.

Memetik laporan Malaysiakini, Clare berkata, melalui penyelesaian itu juga, rencana yang disiarkan portal Sarawak Report mengenai Pas itu kekal dan tidak ditarik balik.

Iklan
Iklan

"Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberi sokongan dan membantu saya dalam cubaan Pas membuli melalui undang-undang ini.

"Saya tidak berganjak. Rencana terbabit kekal disiarkan dalam talian serta tidak diubah walaupun ada cubaan menutup mulut saya dan memperlecehkan saya sebelum PRU lalu," katanya.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Hadi, Sarawak Report selesai kes saman luar mahkamah

Abdul Hadi memutuskan untuk memuktamadkan penyelesaian di luar mahkamah dalam kes saman beliau terhadap Clare, hari ini.

Iklan

Setiausaha Politik Presiden Pas, Syahir Sulaiman berkata, ketetapan itu dibuat melalui Perintah Persetujuan bertarikh 1 Februari 2019 di Mahkamah Tinggi London (High Court of Justice, Queen’s Bench Division).

Menurutnya, Abdul Hadi membuat keputusan menarik balik tuntutan kepada Clare dan editor tersebut juga menarik balik tuntutan balas terhadap Ahli Parlimen Marang itu.