5,218 mangsa ditipu Macau Scam tahun ini

Iklan
Gambar kecil: Zainuddin Yaacob

MELAKA TENGAH - Jumlah kerugian dan kes penipuan, Macau Scam sejak tiga tahun lalu meningkat dan membabitkan majoriti mangsa wanita.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Zainuddin Yaacob berkata, sehingga Oktober lalu sebanyak RM256 juta kerugian direkodkan berbanding RM254 juta tahun lalu.

Iklan
Iklan

"Sebanyak RM226 juta kes pada 2018 membabitkan seramai 4,965 mangsa.

"Pada tahun lalu, 5,725 mangsa dicatatkan dan 5,218 mangsa dalam tempoh yang sama tahun ini selain 1,420 dituduh di mahkamah," katanya.

Iklan

Menurutnya, ada antara mangsa tertekan dengan ugutan dimasukkan ke dalam lokap, ditangkap harta dirampas di bawah tindakan undang-undang tertentu mendorong mereka memindahkan wang ke akaun tidak dikenali yang menyamar sebagai anggota polis dan sebagainya.

"Penjenayah hanya membuat panggilan atau melalui dalam talian tanpa bersemuka. Mereka menyamar mengaku dari pejabat pos, pejabat kastam dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Iklan

"Mereka dilatih menipu untuk memperdayakan mangsa," katanya selepas majlis serah tugas Ketua Polis Melaka di Ibu pejabat Polis Kontinjen Melaka di Bukit Beruang di sini, hari ini.

Katanya, tidak pernah wujud talian yang disambungkan di antara polis atau pejabat serta agensi kerajaan lain seperti LHDN atau mahkamah dan pengguna diminta tidak melayani sebarang panggilan yang tidak dikenali.