Macau Scam: Tiga kes libatkan kerugian RM19,100

Iklan

KEPALA BATAS - Sebanyak tiga kes penipuan Macau Scam melibatkan kerugian berjumlah RM19,100 berlaku daerah Seberang Perai Utara.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, mangsa termasuk ibu tunggal dan warga emas.

Iklan
Iklan

"Mulai 1 Januari hingga semalam sebanyak tiga kes kertas siasatan babitkan penipuan Macau Scam dibuka melibatkan kerugian berjumlah RM19,100.

"Kita sarankan orang ramai untuk sentiasa berwaspada sekiranya menerima panggilan yang mencurigakan. Terdapat beberapa tip untuk mengelak menjadi mangsa penipuan antaranya abaikan panggilan telefon menggunakan nombor telefon antarabangsa,” katanya.

Iklan

Menurutnya, orang ramai juga dinasihatkan tidak mudah percaya dengan panggilan daripada individu yang mengaku dari agensi kerajaan dan bank.

"Buat semakan dengan pihak terlibat selepas menerima panggilan tersebut. Dalam masa sama jangan sewenangnya berkongsi maklumat peribadi seperti maklumat akaun dan jangan lakukan transaksi online jika diarahkan berbuat demikian melalui panggilan telefon.

Iklan

"Orang ramai juga disarankan menyalurkan maklumat nombor telefon tersebut kepada pihak polis,” katanya.