TAIPEI - Dua gempa bumi melanda tenggara Taiwan dalam tempoh dua jam pada Selasa pagi, menurut Biro Cuaca Pusat (CWB).
Gempa dengan kekuatan 4.8 pada skala Richter menggegar Taitung pada jam 2.37 pagi dengan pusat gempa terletak kira-kira 133.7 kilometer di selatan daerah Taitung pada kedalaman 26.5 kilometer, lapor Agensi Berita Pusat Taiwan (CNA).