PKPD asrama pekerja Top Glove

Iklan
Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melakukan kerja-kerja pemasangan kawat duri di sekitar asrama pekerja wanita Top Glove Jalan Abadi 1A Meru, awal pagi, hari ini.

Kerajaan mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di asrama pekerja syarikat sarung tangan Top Glove, bermula hari ini sehingga 30 Nov membabitkan kawasan asrama lelaki di Jalan Abadi 1A/KU8, asrama wanita di Jalan Abadi 1A dan Jalan Abadi 10A/KU8 serta turut melibatkan 1,200 penduduk di kawasan berhampiran.