MANAMA - Menteri Luar Bahrain, Abdullatif al-Zayani akan melakukan lawatan rasmi pertamanya ke Israel sejak negaranya menjalin hubungan diplomatik dengan Tel Aviv pada September, lapor Agensi Anadolu.
Menurut Agensi Berita Bahrain (BNA), delegasi peringkat tinggi yang diketuai oleh al-Zayani akan berlepas ke Tel Aviv pada Rabu.