Terjemah rasa kecewa di PRK Semenyih

Iklan
Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa

KUALA LUMPUR – PRK Dun Semenyih bakal membawa referendum besar rakyat terhadap prestasi dan tindak tanduk kerajaan PH terutamanya Bersatu.

Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa berkata, PRK Dun Semenyih adalah peluang untuk membuktikan rakyat kecewa dan menunjukkan parti mana mendapat sokongan orang Melayu dan Islam antara Umno, Pas, Bersatu atau DAP.

Iklan
Iklan

Kata Annuar, secara logiknya adalah sukar untuk BN menumbangkan PH dan Bersatu yang menang di Semenyih dengan majoriti hampir 9,000 undi pada PRU14 lalu.

"Mereka (PH) juga telah mengikat kaki dan tangan BN dengan membekukan semua akaun Umno menjadikan Umno dan BN sudah hampir setahun tanpa dana. Mereka juga cuba melumpuhkan Umno dgn pelbagai cara menggunakan kuasa ada.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Bersatu letak calon muda di Dun Semenyih?

"Namun, Alhamdulillah setakat ini Umno dan BN bukan saja tidak mati, malah makin didukungi rakyat.Tumpasnya PH di PRK Parlimen Cameron Highlands dengan majoriti yang besar adalah satu titik permulaan (turning point),yang bakal menghantui PH khususnya Bersatu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Iklan

Malah beliau yang juga Ahli Parlimen Ketereh berkata, kini bukan saja Umno dan BN sedang bangkit, malah gagasan pembangkang dijenamakan dalam bentuk lebih baharu dan segar melibatkan pelbagai parti politik terutamanya Pas dan puluhan badan bukan kerajaan (NGO) lain mewakili suara rakyat yang semakin berani.

"Dalam pada itu, Umno terus dimurnikan dengan pertukaran pimpinan secara teratur, menerap budaya dan corak organisasi yang lebih unggul hasil sikap tidak malu untuk berubah dan merakyat.

"Umpama tagline"malu apa bossku” yang kini menjadi buah mulut dan dengan sokongan rakyat datang dari segenap penjuru. Semua tahu PH telah gagal. Mereka sendiri sudah mengakuinya. Mereka sendiri yang menuduh dan mengesahkan sesama mereka. Mereka yang membuktikan kleptocracy sudah berganti dengan kakistocracy yang merana kini adalah rakyat,” ujarnya.

Hal demikian, Annuar berkata, PRK Dun Semenyih sebagai satu referendum untuk melihat sejauh manakah DAP yang gagal dibantu oleh Bersatu di PRK Cameron Highlands mahu membantu Bersatu di Semenyih.

"Ia boleh juga dijadikan referandum oleh PKR yang sebelum ini secara jelas ditikam dari belakang oleh Bersatu. Susutnya majoriti Bersatu atau apa lagi kalau tewasnya mereka di tangan Umno-BN yang diikat kaki dan tangan, boleh menjadi pukulan maut buat Bersatu.

"Ia mungkin menjadi katalis perpindahan kuasa dan kepimpinan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atau Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

"Justeru tewasnya Bersatu adalah penting bagi semua, bagi rakyat, bagi Umno-BN, bagi Pas dan gagasan pembangkang, malah bagi PKR dan bagi DAP juga,” jelasnya.

Annuar menegaskan, namun bukan mudah untuk menumbangkan sebuah parti komponen kerajaan yang menang besar, namun percaya ia bukan misi mustahil apabila rakyat mula sepakat.

"Tewasnya calon Bersatu di Semenyih ialah kemenangan buat kita semua, ia permulaan kepada perubahan sebenar,” katanya.