JOHOR BAHRU - Lima nelayan dari Kampung Teluk Berhala, Pulau Aur, Mersing terharu apabila dikurniakan enjin bot oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Pengurniaan itu susulan permintaan mereka yang telah diutarakan ketika lawatan spontan baginda ke Pulau Aur pada 28 Oktober lalu.