Kuala Lumpur dilanda banjir kilat

Iklan
Tol Rawang turut ditenggelami air petang tadi. Foto:Ihsan pembaca

KUALA LUMPUR - Hujan lebat bermula jam 4.30 petang tadi menyebabkan beberapa kawasan sekitar pusat bandar ditenggelami air termasuk berhadapan Mindef Jalan Semarak di sini.

Twitter ITIS DBKL melaporkan beberapa jalan utama di pusat bandar ditakungi air menyebabkan trafik sesak dan bergerak perlahan.

Iklan
Iklan

Antaranya jalan yang dilaporkan sesak ialah di Jalan Kuching dari Bulatan Kepong ke Bulatan Batu Caves, Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dari Desa Tun Razak ke Bandar Tasik Selatan serta Bandar Tasik Selatan menuju Desa Tun Razak.

"Trafik turut dilaporkan sesak di Jalan Klang Lama, Jalan Tuanku Abdul Halim, Jalan Kinabalu, Jalan Tun Razak dan Jalan KL-Seremban," menurut ciapan di Twitter ITIS DBKL hari ini.

Iklan
Pusat bandar. - Foto ITIS DBKL.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerusi satu kenyataan turut memaklumkan menerima empat panggilan berhubung banjir Jalan Segambut, Jalan Hang Lekiu, Jalan 21/26 Taman Sri Rampai dan Jalan Keramat.

Menurut kenyataan itu, JBPM KL turut menerima panggilan dua kes pokok tumbang melibatkan Jalan Damansara dan Blok B Projek Perumahan Rakyat (PPR) Air Panas.

Iklan
LRT Setiawangsa. - Foto FB Warga Taman Keramat. (Kanan: Kawasan Setiawangsa.- Foto Ihsan pembaca)

"Kesemua kes tidak melibatkan mangsa kecuali bagi kejadian banjir kilat di Jalan Keramat melibatkan dua wanita yang berada di dalam rumah, namun berada dalam keadaan selamat," menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Facebook Warga Taman Keramat turut berkongsi beberapa video keadaan banjir kilat di hadapan Transit Aliran Ringan (LRT) Setiawangsa dan AU1 serta Keramat Permai.

Hujan lebat petang tadi turut menyebabkan beberapa kawasan sekitar Rawang turut ditenggelami air termasuk Jalan Welman dan berhampiran tol Rawang.

Jalan Welman Rawang ditenggelami air petang tadi. Foto:Ihsan pembaca