SHAH ALAM - Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari menyokong gesaan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng supaya parti lain tidak meletakkan calon untuk melawan UMNO pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Gerik nanti.
Kata Naib Ketua Pemuda Pas itu, ia sebagaimana beliau setuju perkara sama dipraktikkan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Batu Sapi.