BANDAR PERMAISURI - Pacuan empat roda milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang membawa jenazah seorang lelaki terlibat dalam kemalangan jalan raya sebelum terjunam ke tebing kawasan ladang kelapa sawit di Kilometer 52 Bari, Sungai Tong di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Afandi Hussin berkata, insiden pada kira-kira jam 1 tengah hari itu menyebabkan jenazah lelaki berusia 51 tahun tersebut terjatuh dari kenderaan dan warisnya mengalami kecederaan patah lengan kanan manakala anggota polis berpangkat koperal yang memandu kenderaan terseliuh bahu kiri.