Tiga ditahan terlibat rogol, pukul wanita

Iklan
Tertuduh menjemput wanita itu ke biliknya dan menawarkan minuman ringan yang telah dicampur dengan sedatif sebelum merogol mangsa. - Gambar hiasan

JOHOR BAHRU - Seorang wanita dirogol, diperlakukan seks luar tabii dan dipukul di sebuah rumah di Taman Perling di sini pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Wahid berkata, kejadian tersebut berlaku pada jam 4 pagi selepas mangsa dibawa ke sebuah rumah suspek yang juga rakannya.

Iklan
Iklan

"Mangsa kemudian dirogol, diperlakukan seks luar tabii dan dipukul oleh seorang lelaki dan dua wanita. Mangsa turut diperas ugut RM2,000 untuk dilepaskan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Susulan itu, katanya, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara mengesan dan berjaya menangkap semua suspek.

Iklan

Beliau berkata, motif kejadian tersebut dipercayai kerana hutang.

Menurutnya, semua suspek akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru esok untuk pertuduhan.

Iklan

"Suspek lelaki akan dituduh di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 377C KK, Seksyen 385 KK, Seksyen 323 KK, Seksyen 182 KK dan Peraturan 25(1)(n) Peraturan Pendaftaran Negara 1990.

Sementara dua suspek wanita pula katanya, akan dituduh di bawah Seksyen 323 KK dan Peraturan 25(1)(n) Peraturan Pendaftaran Negara 1990," katanya.