Hasil jual ulam tampung sekolah anak hingga universiti
Iklan
Jamaliah (kanan) membantu suaminya, Ahmad Razali memetik pucuk daun salam di kebun ulam-ulaman mereka di Kampung Bukit Nambua, Kuala Nerang.
KUALA NERANG -"Kami bersyukur kerana hasil menjual ulam-ulaman ini juga dapat digunakan untuk menampung persekolahan anak sehingga mereka berjaya ke universiti," kata seorang penoreh getah, Ahmad Razali Jamaludin, 57, ketika ditemui di Kampung Bukit Nambua, Kuala Nerang, dekat sini.
Idea kreatifnya yang menambah pendapatannya dengan menjual ulam-ulaman sejak 15 tahun lalu membuahkan hasil apabila permintaan terhadap makanan sihat itu semakin meningkat saban tahun.
Iklan
Iklan
Ahmad Razali berkata, kerja menoreh getah kini telah menjadi pendapatan sambilan apabila hasil pendapatan jualan ulam-ulamannya kini muncul pendapatan utamanya selepas mampu mencecah jualan RM1,000 sebulan.
Menurutnya, dia dan isterinya, Jamaliah Omar, 54, akan mula memetik ulam-ulaman selepas pulang dari menoreh getah.
Iklan
"Pada mulanya kami hanya menanam beberapa jenis ulam di halaman rumah dan menjual kepada peniaga di sekitar Pekan Kuala Nerang.
"Lama-kelamaan permintaan terhadap ulam-ulam semakin mendapat sambutan. Isteri saya dahulunya suka tanam pokok bunga kini telah berminat untuk tanam ulam-ulaman kerana dilihat mampu menjadi pendapatan keluarga," katanya ketika ditemui di rumahnya, dekat sini baru-baru ini.
Iklan
Ahmad Razali (kanan) dan Jamaliah setiap hari akan ke kebun ulam-ulaman sebaik sahaja pulang dari menoreh getah di Kampung Bukit Nambua, Kuala Nerang.
Sementara itu, Jamaliah berkata, mereka memanfaatkan kawasan rumah mereka dan juga tanah seluas 0.5 hektar yang berdekatan dengan menanam kira-kira 10 jenis pokok ulam-ulaman dan dijaga dengan rapi termasuk menyembur vitamin.
"Malah tanah 0.5 hektar ini juga dibeli hasil daripada wang simpanan jualan ulam-ulaman sebelum ini. Tanah ini kami guna dengan menanam kira-kira 500 pokok ulam-ulaman," katanya.
Ibu kepada tiga anak ini berkata, antara ulam-ulaman yang mendapat permintaan adalah pucuk janggus, putat, cili, salam, beka, merunggai, cekur, asin-asin, selom, kemangi, bunga kantan dan limau kasturi.
Katanya, permintaan ulam-ulaman ketika negara dilanda pandemik koronavirus (Covid-19) juga tidak putus malah semakin meningkat sehingga gagal untuk menampung permintaan tersebut.
"Semasa kami tiba di pasar pagi, kadang-kadang pelanggan yang merupakan peniaga akan datang sendiri 'menyambut' ulam-ulaman ini terutamanya bekalan yang sukar didapati seperti ulam beka.
"Biasanya ulam beka dijual dengan harga RM3 hingga RM5 sekeping mengikut saiz. Sebiji buah merunggai pula dijual dengan harga 50 sen sekilogram manakala ulam-ulaman lain dijual dengan harga berbeza mengikut jenis iaitu antara RM6 hingga RM8 sekilogram," katanya.
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam