KUALA PILAH - Seorang guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) di sini tidak melepaskan peluang menyertai Peraduan Sinar Harian Di Hatiku.
Muhammad Khalis Zachariah, 30, berkata, rezeki Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekiranya dia memenangi peraduan tersebut.
Beliau berkata, dalam keadaan negara dilanda wabak koronavirus (Covid-19) ini, hadiah wang tunai RM60,000 itu amat besar nilainya.
"Justeru, rakyat Malaysia seharusnya mengambil peluang ini kerana pelbagai hadiah ditawarkan selain hadiah utama yang lumayan.
"Tambahan pula kebanyakan soalan agak mudah dan isteri juga membantu saya melengkapkan jawapan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di kediamannya di Kampung Kuala Serdang, Kuala Pilah.
Katanya, dia mengetahui mengenai peraduan berkenaan menerusi akhbar Sinar Harian selain media sosial dan hadiah yang ditawarkan menarik.
"Saya berharap masih tidak terlambat lagi untuk saya menghantar jawapan ini kerana saya yakin rezeki tidak akan salah alamat.
"Selain itu, dalam santai-santai menjawab soalan, dapat juga mengeratkan hubungan kekeluargaan.
"Sekurang-kurangnya dapat juga mengetahui lokasi menarik di dalam negara yang sebelum ini tidak pernah diketahui,” katanya.
Sementara itu, ketika ditanya sekiranya terpilih untuk memenangi hadiah utama, katanya, beliau akan berkongsi rezeki itu bersama keluarganya selain ingin melunaskan hutang.
"Perkara pertama yang saya fikir, jika menang, Alhamdulillah boleh selesaikan hutang dan pastinya ia memberi kegembiraan juga kepada keluarga,” katanya.